Saturday, 31 October 2015

remaja dan masalah sosial




masalah sosial dalam kalangan remaja dan apakah penyelesaiannya

Remaja merupakan aset negara pada masa hadapan. Namun demikian, isu masalah sosial di kalangan remaja kerap diperkatakan kerana didapati masalah ini telah bertambah dari setahun ke setahun. Antara masalah sosial di kalangan remaja ialah budaya melepak, penagihan dadah dan pergaulan bebas. Remaja pada umumnya  merujuk kepada golongan yang berumur antara 12 hingga 20 tahun. Remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dengan peringkat dewasa. 



FAKTOR-FAKTOR GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA
·         SIKAP IBU BAPA
Ibu bapa merupakan faktor perdana yang mendorong kepada isu-isu yang melibatkan remaja. Hal ini kerana ibu bapa sering dikatakan individu yang terdekat dengan remaja dan banyak mempengaruhi proses pembentukan diri remaja. Ibu bapa kebanyakannya pada hari ini mengabaikan tanggungjawab dan peranan mereka terhadap anak-anak. Kebanyakan ibu bapa pada masa ini mempunyai kerjaya dan ada segelintir daripadanya begitu sibuk bekerja untuk mendapatkan kemewahan sehingga anak-anak menjadi mangsa dan terabai tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya.

·         PENGARUH RAKAN SEBAYA
Rakan sebaya turut memainkan peranan dalam pembentukan diri remaja. Masalah sosial yang terjadi dalam kalangan remaja berpunca daripada sikap salah pilih rakan. tersalah pilih kawan. Mereka akan terjerumus dalam masalah sosial dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah dan memudaratkan diri seperti merokok, buli, ponteng dan sebagainya. Hal ini berpunca kerana remaja akan berasa seronok berada dalam kelompok kawan yang mampu memberi kegembiraan kepada mereka. Mereka lupa bahawa dalam berkawan, kawan juga kadangkala boleh makan kawan.

·         KURANG DIDIKAN AGAMA
Masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja berpunca daripada diri mereka sendiri. Remaja hari ini kurang menghayati didikan agama. Mereka juga tidak takut kepada dosa dan pembalasan di atas setiap perbuatan yang dilakukan. Sebagai contoh, remaja yang bermasalah biasanya tidak solat dan ingkar perintah agam yang lain. Mereka lebih pentingkan keseronokan walaupun bertentang dengan nilai dan agama.

·         PERASAAN INGIN TAHU DAN MENCUBA
Pada peringkat usia remaja inilah mereka mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi. Justeru apa sahaja perkara baru yang berlaku di sekeliling mereka akan mendorong mereka untuk mengambil tahu . Secara tidak langsung mendorong mereka untuk mencuba dan melakukan perkara berikut walaupun mereka tahu bahawa perkara yang mereka lakukan itu salah dan bahaya. Perasaan ingin tahu sebenarnya baik buat remaja, namun timbul masalah apabila tiada tunjuk ajar daripada orang yang sepatutnya.

CARA MENGATASI MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA
Ø  Memberi didikan agama dan moral yang secukupnya. Ibu bapa seharusnya memberikan didikan agama sejak kecil lagi kepada anak-anak mereka kerana melentur buluh hendaklah biar dari rebungnya. Kesannya anak mampu membenteng diri mereka daripada pelbagai pengaruh yang tidak baik. Anak-anak akan berasa bersalah melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai agama. Ini secara tidak langsung akan menolak gejala buruk yang datang kepada mereka.

Ø  Ibu bapa haruslah memainkan peranan mereka dalam mengatasi masalah yang berkaitan remaja. Kita seing sedia maklum bahawa kebanyakan masa para remaja banyak dihabiskan di rumah. Ibu bapa sewajarnya memberikan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak remaja. Oleh itu, ibu bapa hendaklah bertanya kepada anak-anak remaja tentang masalah yang dihadapi dan membantu mereka dalam menyelesaikan masalah tersebut. Sesungguhnya, anak-anak remaja amat memerlukan bimbingan ibu bapa dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar.

Ø  Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah yang berkaitan dengan remaja. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam negara kerana mempunyai kuasa sumber kewangan dan boleh menggubal undang-undang. Beberapa program untuk remaja perlu dirangka dan dilaksanakan secara berterusan agar nilai-nilai murni dapat diamalkan oleh golongan remaja. Contohnya, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah satu program yang baik kepada remaja di Malaysia. Bagi remaja yang melanggar undang-undang negara, tindakan tegas hendaklah diambil oleh pihak kerajaan bagi membendung perlakuan negatif tersebut.

No comments:

Post a Comment