KERANAMU MALAYSIA
Malaysia,
Sebuah Negara kecil
Yang dihuni oleh rakyat pelbagai kaum dan agama
Melayu , cina dan india hidup aman bersama.
Keranamu Malaysia,
Di sinilah tempat kami dilahirkan.
Di sini jua tempat kami dibesarkan.
Dan di sini jugalah tempat kami mula mengenal dunia
Keranamu Malaysia,
Kami hidup bersatu padu.
Bekerjasama tanpa mengira budaya agama dan bangsa
Kami hidup aman damai walaupun berbeza latar belakang
Bersatu kita teguh , bercerai kita roboh.
Satu lambang pembinaan jati diri
Negaraku Malaysia.
Keranamu Malaysia,
Kaulah pembakar semangatku
Semangat yang terus membara
Untuk terus berbakti kepada Negara
Mencurahkan segala keringat serta kudrat yang ada
Tanpa kenal apa itu erti penat dan jemu
Keranamu Malaysia,
Namamu akan terus tersemat
di hati.
No comments:
Post a Comment