PENDATANG ASING DAN IMPAKNYA
Negara ini dikatakan syurga buat rakyat asing
untuk mencari rezeki terutama mereka dari Indonesia, Nepal, Myammar dan
Vietnam. Kehadiran mereka bukan dalam ratusan tetapi dalam jutaan orang yang
memenuhi seluruh pelosok negara. Kehidupan pekerja asing ini juga telah menjadi
satu “trend” dalam penyiaran berita di dalam media massa yang mampu memberikan
satu pandangan tentang kepentingan mereka dalam kehidupan masyarakat kita
sekarang. Oleh itu, kefahaman tentang punca-punca kehadiran mereka dan
kewujudan pelbagai kesan negatif akibat kemunculan mereka harus diteliti.
Punca ketara yang mendorong pekerja asing meredah lautan dan daratan
datang ke negara ini ialah keadaan ekonomi di negara mereka yang jauh berbeza
daripada pertumbuhan positif ekonomi yang dialami oleh negara kita. Keadaan ini
menyebabkan peluang kerja yang begitu banyak di negara ini mendorong mereka
hadir dengan begitu ramai. Negara mereka yang tiada prospek ekonomi menyebabkan
kehidupan susah tetapi apabila mereka datang ke negara ini kemungkinan untuk
mereka mendapat kerja dan berjaya dalam hidup masih ada. Jadi, keadaan ekonomi
yang berbeza antara Malaysia dengan negara mereka membawa mereka sanggup
merantau ke sini.

Dasar kerajaan kita yang membuat perjanjian
dengan negara-negara jiran seperti Indonesia, Bangladesh dan juga Myammar untuk
memudahkan kehadiran rakyat negara itu ke sini telah mendorong kehadiran
mereka. Sikap terbuka kerajaan menerima kedatangan pekerja asing ini menjadikan
Malaysia salah satu destinasi yang penting untuk penghijrahan manusia mencari
kerja. Wujud pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak Malaysia dan negara
mereka seperti pemeriksaan kesihatan dan pemberian permit kerja menjadikan
negara ini syurga buat mereka. Maka, dasar kerajaan yang terbuka terhadap
pengambilan pekerja asing telah menyebabkan mereka sanggup datang ke sini.
Namun dalam masa yang sama, dasar mengutamakan
pekerja asing ini telah membuatka
n peluang kerja kepada masyarakat tempatan terutama
golongan muda terhad. Salah satu kelebihan pekerja asing ialah kadar gaji yang
lebih rendah daripada pekerja tempatan dan keadaan ini sudah pasti lebih
diminati oleh majikan yang mengutamakan keuntungan sahaja. Persaingan yang
tidak sihat ini menjadikan rakyat tempatan tidak mempunyai kerja tetapi
penduduk negara lain pula yang dapat mencari rezeki di negara ini. Jelaslah,
kehadiran pekerja asing menyebabkan banyak peluang kerja kepada penduduk
tempatan tertutup.

Ada juga pihak yang mengaitkan kehadiran
pekerja asing dengan peningkatan kadar jenayah terutama di kawasan bandar.
Walaupun maklumat ini sukar untuk dipastikan kebenarannya tetapi keadaan
pekerja asing yang tidak mempunyai apa-apa itu memungkinkan mereka terjebak
dalam kegiatan jenayah memang tidak boleh diragukan. Sudah menjadi lumrah
manusia bahawa pasti ada segelintir ahli masyarakat yang bertindak di luar
batas perundangan termasuklah dalam kalangan
pekerja asing ini kerana setiap manusia mempunyai masalah peribadi tersendiri. Lantaran itu, peningkatan jenayah di negara ini sering dikatakan berpunca daripada jumlah pekerja asing yang terlalu ramai itu.
pekerja asing ini kerana setiap manusia mempunyai masalah peribadi tersendiri. Lantaran itu, peningkatan jenayah di negara ini sering dikatakan berpunca daripada jumlah pekerja asing yang terlalu ramai itu.
Impak negatif lain yang besar pengaruhnya ialah pengaliran
keluar wang negara kerana setiap bulan jutaan wang ringgit dihantar kepada
pekerja asing di negara asal mereka. Penghantarn wang gaji yang sepatutnya
digunakan untuk memajukan ekonomi negara telah digunakan pula untuk
menghidupkan ekonomi negara asal mereka yang sudah lembap pertumbuhan
ekonominya itu. Lama kelamaan negara akan mengalami masalah besar kerana wang
yang dihasilkan di negara ini digunakan untuk menyokong aktiviti kehidupan pendatang asing ini. Oleh itu, semakin ramai
pekerja asing di negara ini semakin banyaklah wamh negara mengalir keluar
setiap bulan.
Kesimpulannya,
isu pekerja asing ini perlu menggunakan satu kaedah yang lebih telus dan
sistematik. Penerimaan pekerja asing hendaklah dilakukan dalam sektor ekonomi
yang tidak diminati oleh pekerja tempatan dan had masa perlu ditetapkan bagi
setiap pekerja asing yang bekerja di negara ini. Pihak kerajaan juga perlu
menubuhkan satu badan khusus bagi mengawasi setiap perkembangan pekerja asing
di negara ini seperti membuat laporan tentang keperluan mereka setiap tiga
bulan sekali. Kita memang memerlukan pekerja asing tetapi pekerja tempatan
perlulah diberi keutamaan
No comments:
Post a Comment