masalah
sosial dalam kalangan remaja dan apakah penyelesaiannya
Remaja
merupakan aset negara pada masa hadapan. Namun demikian, isu masalah sosial di
kalangan remaja kerap diperkatakan kerana didapati masalah ini telah bertambah
dari setahun ke setahun. Antara masalah sosial di kalangan remaja ialah budaya
melepak, penagihan dadah dan pergaulan bebas. Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan yang berumur antara
12 hingga 20 tahun. Remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia
iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dengan peringkat dewasa.
FAKTOR-FAKTOR GEJALA SOSIAL
DALAM KALANGAN REMAJA
·
SIKAP
IBU BAPA
Ibu bapa merupakan faktor perdana yang mendorong
kepada isu-isu yang melibatkan remaja. Hal ini kerana ibu bapa sering dikatakan
individu yang terdekat dengan remaja dan banyak mempengaruhi proses pembentukan
diri remaja. Ibu bapa kebanyakannya pada hari ini mengabaikan tanggungjawab dan
peranan mereka terhadap anak-anak. Kebanyakan ibu bapa pada masa ini mempunyai
kerjaya dan ada segelintir daripadanya begitu sibuk bekerja untuk mendapatkan
kemewahan sehingga anak-anak menjadi mangsa dan terabai tidak mendapat kasih sayang
yang secukupnya.
·
PENGARUH
RAKAN SEBAYA
Rakan sebaya turut memainkan peranan dalam
pembentukan diri remaja. Masalah sosial yang terjadi dalam kalangan remaja
berpunca daripada sikap salah pilih rakan. tersalah pilih kawan. Mereka akan terjerumus
dalam masalah sosial dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah dan
memudaratkan diri seperti merokok, buli, ponteng dan sebagainya. Hal ini
berpunca kerana remaja akan berasa seronok berada dalam kelompok kawan yang
mampu memberi kegembiraan kepada mereka. Mereka lupa bahawa dalam berkawan,
kawan juga kadangkala boleh makan kawan.
·
KURANG
DIDIKAN AGAMA
Masalah sosial yang berlaku dalam kalangan
remaja berpunca daripada diri mereka sendiri. Remaja hari ini kurang menghayati
didikan agama. Mereka juga tidak takut kepada dosa dan pembalasan di atas
setiap perbuatan yang dilakukan. Sebagai contoh, remaja yang bermasalah
biasanya tidak solat dan ingkar perintah agam yang lain. Mereka lebih
pentingkan keseronokan walaupun bertentang dengan nilai dan agama.
·
PERASAAN
INGIN TAHU DAN MENCUBA
Pada peringkat usia remaja inilah mereka mempunyai naluri
ingin tahu yang tinggi. Justeru apa sahaja perkara baru yang berlaku di
sekeliling mereka akan mendorong mereka untuk mengambil tahu . Secara tidak
langsung mendorong mereka untuk mencuba dan melakukan perkara berikut walaupun
mereka tahu bahawa perkara yang mereka lakukan itu salah dan bahaya. Perasaan
ingin tahu sebenarnya baik buat remaja, namun timbul masalah apabila tiada
tunjuk ajar daripada orang yang sepatutnya.
CARA MENGATASI MASALAH SOSIAL
DALAM KALANGAN REMAJA
Ø Memberi
didikan agama dan moral yang secukupnya. Ibu bapa seharusnya memberikan didikan
agama sejak kecil lagi kepada anak-anak mereka kerana melentur buluh hendaklah
biar dari rebungnya. Kesannya anak mampu membenteng diri mereka daripada
pelbagai pengaruh yang tidak baik. Anak-anak akan berasa bersalah melakukan
perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai agama. Ini secara tidak langsung
akan menolak gejala buruk yang datang kepada mereka.
Ø Ibu
bapa haruslah memainkan peranan mereka dalam mengatasi masalah yang berkaitan
remaja. Kita seing sedia maklum bahawa kebanyakan masa para remaja banyak
dihabiskan di rumah. Ibu bapa sewajarnya memberikan perhatian dan kasih sayang
yang secukupnya kepada anak-anak remaja. Oleh itu, ibu bapa hendaklah bertanya
kepada anak-anak remaja tentang masalah yang dihadapi dan membantu mereka dalam
menyelesaikan masalah tersebut. Sesungguhnya, anak-anak remaja amat memerlukan bimbingan
ibu bapa dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar.
Ø Pihak
kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah yang
berkaitan dengan remaja. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam
negara kerana mempunyai kuasa sumber kewangan dan boleh menggubal
undang-undang. Beberapa program untuk remaja perlu dirangka dan dilaksanakan
secara berterusan agar nilai-nilai murni dapat diamalkan oleh golongan remaja.
Contohnya, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah satu program yang baik
kepada remaja di Malaysia. Bagi remaja yang melanggar undang-undang negara,
tindakan tegas hendaklah diambil oleh pihak kerajaan bagi membendung perlakuan
negatif tersebut.