Sunday, 1 November 2015

HARI SUKAN NEGARA







hari sukan negara


  

     Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia telah mengisytiharkan hari sukan negara diadakan pada hari sabtu minggu kedua bulan oktober pada setiap tahun. Pada tahun ini, hari sukan negara berlangsung dengan jayanya pada 10 oktober 2015. Sambutan hari sukan negara berlangsung serentak di seluruh negeri di Malaysia. Sambutan ini disambut dengan meriah oleh semua lapisan masyarakat baik yang tua mahupun yang muda. Hari sukan negara merupakan satu inisiatif yang bersepadu oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan (Sporting Nation).


                           OBJEKTIF HARI SUKAN NEGARA
                 
                    1)Menerapkan budaya sukan di kalangan rakyat 
                   2)Memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat                  
                   3)Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.  
                   4)Peningkatkan pengetahuan sukan di kalangan rakyat
               5)Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi


                                              Hari Sukan Negara Malaysia Negara Bersukan


AKTIVITI HARI SUKAN NEGARA


   Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.





                  

           HARI SUKAN KE ARAH  NEGARA BERSUKAN


      Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju