hari
sukan negara
Baru-baru
ini, Perdana Menteri Malaysia telah mengisytiharkan hari sukan negara diadakan
pada hari sabtu minggu kedua bulan oktober pada setiap tahun. Pada tahun ini,
hari sukan negara berlangsung dengan jayanya pada 10 oktober 2015. Sambutan
hari sukan negara berlangsung serentak di seluruh negeri di Malaysia. Sambutan
ini disambut dengan meriah oleh semua lapisan masyarakat baik yang tua mahupun
yang muda. Hari sukan negara merupakan satu inisiatif yang bersepadu oleh
Kementerian Belia dan Sukan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
bersukan (Sporting Nation).
OBJEKTIF HARI SUKAN NEGARA
1)Menerapkan budaya
sukan di kalangan rakyat
2)Memupuk
semangat perpaduan di kalangan rakyat
3)Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
4)Peningkatkan pengetahuan sukan di kalangan rakyat
5)Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi

AKTIVITI
HARI SUKAN NEGARA
Sambutan Hari Sukan
Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan
setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan
Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah
air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat
keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan
aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.
HARI SUKAN KE ARAH NEGARA BERSUKAN
Hari
Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat
menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan
masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar
sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju